Fadilat solat tarawih~  

Posted by Bart Persie in

Dari aku kecil smpai la aku meningkat dewasa..
Bile time bulan ramadhan je, msti aku akan view kejap pasal fadilat solat tarawih..
Seyes ble kte bace msti cm nk wat solat tarawih nie hari2..
So, check this out ~


Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh AllaH SWT kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. selain dari kewajipan berpuasa di siang hari. Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadhan. Tarawih juga membawa maksud 'bersenang-senang atau duduk istirehat'. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : 'Barang siapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadhan diampuni Allah dosanya yang telah lalu'

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadhan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah SWT. Saidina Ali Bin Abi Talib RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, kemudian baginda menjawab 'Orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut :

Malam pertama:
~Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua:
~Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga:
~Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu'.

Malam keempat:
~Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima:
~Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam:
~Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh:
~Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Firaun dan Haman.

Malam kelapan:
~Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan:
~Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Malam kesepuluh:
~Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas:
~Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas:
~Muka bercahaya di hari kiamat.

Malam ketiga belas:
~Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas:
~Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamar ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas:
~Diminta ampun oleh para malaikat yang memikut Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas:
~Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas:
~Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas:
~Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas:
~Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh:
~Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam kedua puluh satu:
~Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua:
~Di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga:
~Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat:
~Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima:
~Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam:
~Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:
~Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
~Allah SWT mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan:
~Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh:
~Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga kausar.


Tibe2 trase cm nk wat solat tarawih dua kali plak malam nie..haha..

-Bart87

This entry was posted on Sunday, August 23, 2009 at Sunday, August 23, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

giler baik!!!!bagus!!!hahahahaha

September 3, 2009 at 5:40 AM

Post a Comment